Dokumentari | Alena, Estranged jelajah 6 lokasi teroka kisah alat muzik

2022-05-29 0

Enam episod, enam destinasi, dengan perjalanan hampir 1,000 kilometer.

Penyanyi dan pemuzik, Alena Murang kali ini tampil bersama band terkenal, Estranged menjayakan sebuah dokumentari bagi meneroka kisah alat muzik tradisional masyarakat Sabah dan Sarawak.

Kisah-kisah ini diterjemah menerusi dokumentari, 'Roads to Our Heritage'.